Sebut saja Kota Kinabalu pasti semua secara automatik akan terlintas Gunung tertinggi di Malaysia dan yang kelima tertinggi di Asia Tenggara. Tetapi tahukah kita semua bahawa selain tarikan utama di Gunung Kinabalu kita boleh pergi lebih banyak tempat di sana. Kami kongsikan lima tempat menarik yang boleh anda lawati sewaktu bercuti ke sana.

1.Tungku Abdul Rahman Marine Park (Pulau Sapi & Pulau Manukan)

Dari Kota Kinabalu kita akan mengambil masa 30 minit hingga 40 minit untuk sampai ke pulau tersebut dengan menaiki speed boat. Disana terdapat sebuah taman laut yang dijaga oleh pihak kerajaan. Bila sudah ke laut maka sudah tentu aktiviti yang boleh kita lakukan adalah sepertiSnorkeling dan aktiviti pantai. Kedua-dua pulau ini adalah berdekatan diantara satu sama lain. Jika ada dikalangan kita yang tidak gemarkan aktiviti laut maka tempat ini sememangnya tidak sesuai untuk anda :)

2.Poring Hot Spring & Kanopi Walk Way

Tempat ini adalah peluang untuk kita merasai sendiri air panas secara semulajadi. Air panas dari gunung kinabalu ini menjadi tarikan utama bagi mereka yang datang ke kota kinabalu. Ada yang mengambil kesempatan berendam kaki saja dan ada juga yang berendam seluruh badan. Dikatakan air panas dapat menghilangkan stress serta baik untuk kesihatan badan. Selain itu juga kita boleh merasai sendiri berjalan diatas jambatan gantung yang dipasang dari pokok ke pokok (Canopy Walk Way). Macam mana tuh? Pelik kan? Jadi jika datang melancong ke sini, jangan lupa masukkan tempat ini dalam aturcara anda.
tempat menarik di kota kinabalu 3

3.The Tips Of Borneo

Untuk ke destinasi ini ia mengambil masa sekurang-kurangnya 3 jam dari Kota Kinabalu. Lokasi ini terletak ditanjung simpang mengayau iaitu di daerah Kudat. Apa yang menariknya disni adalah lokasi yang boleh menampakan pertembungan dua laut iaitu Laut China Selatan dan Laut Sulu. Kawasan ini agak panas dan terik serta kelajuan angin yang sedikit kuat. Jangan lupa untuk mengambil gambar di sini sebagai kenangan.

tempat menarik di kota kinabalu 4

4. Pasar Philippine

Jika dengar nama tempat ini sudah pasti ramai yang tahu ia adalah tempat untuk shopping.Pelbagai baranagn dijual di sini untuk  di bawa pulang dan dijadikan “souvenir” buat keluarga dan teman tersayang. Terdapat dua pasar dikawasan ini iaitu satu untuk pasar basah dan satu lagi untuk barangan kering seperti baju dan cenderahati. Selain itu disebelah pasar ini terdapat sedikit bazzar makanan yang dijual oleh penduduk tempatan. Di antara makanan tersebut adalah makanan laut seperti udang besar dan sotong yang digoreng tepung.Lazatt kan. Pasti sedap dan ingin mencuba lagi.

tempat menarik di kota kinabalu 6

5. Kinabalu Park

Destinasi ini adalah kawasan kesukaan ramai pelancongan untuk mencari buah dan sayur yang segar dan terbaik dari ladang. Pelbagai buahan tempatan yang dijual disini. Oh! ya. Jika kalian berkesempatan dan kena pada musim jangan lupa merasai sendiri buah durian sabah yang lain dari biasa. =)

tempat menarik di kota kinabalu 5

Kesimpulannya, ini adalah antara tempat menarik yang boleh dikatakan wajib dikunjungi jika datang melawat ke Kota Kinabalu. Pastikan kesemua tempat ini anda catatkan dalam aturcara perjalanan anda di Kota Kinabalu. Jika anda sudah sampai di sini, boleh kongsikan gambar-gambar menarik anda dengan kami dan pembaca yang lain. Cerita dan kongsi pengalaman anda di sini.

Sumber:

 http://majalahcuti.com/destinasi/tempat-menarik-di-kota-kinabalu/

0 Comments